CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 26, 2009

AURA RUMAH BARU
































Setelah penat dengan masa, tenaga dan wang ringgit, apabila berdiri sahaja bentuk yang kita inginkan maka hilanglah segala-galanya keperitan yang kita lalui. Maka yang jauh didekatkan, yang ada di depan mata memberikan satu impak dalam diri. Dari itu, lahirlah aura rumah baru. Memang tidak dapat dinafikan bahawa keinginan untuk memiliki rumah yang diidamkan terpendam dalam diri individu yang berkeluarga. Semua keinginan ini memberikan iktizam dan keazaman serta usaha yang berganda dari individu tersebut. Alhamdulillah impian semakin menjadi kenyataan.

Tuesday, October 13, 2009

BUMBUNG RUMAH





Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku.

Sebetulnya, lama sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.


* Petikan dari Wikipedia