CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 11, 2009


Rumah saya dah hampir siap. Insya Allah, jika tiada masalah berbangkit pada hari raya haji ni dapat masuk ke rumah baru. Tak sangka juga, pada tahun planning 2009 tidak termasuk untuk mendirikan rumah sendiri. Dalam hati tu ada tapi bukan pada tahun 2009. Maybe dalam masa 2-3 tahun lagi. Tapi Tuhan tu Maha Bijaksana, rezeki Dia yang tentukan. Bersyukur ke HadratNya kerana tanpa disangka-sangka, kurniaNya amat besar erti pada kami sekeluarga. Tetapi masih banyak lagi yang perlu di jalankan ke atas istana ini. Tak apa perlahan-lahan saya akan usahakan untuk membuatnya lebih cantik lagi.

"Ke hadratMu Ya! Allah aku bersyukur kerana melimpahi rezeki yang yang Engkau kurniakan selama ini. Mohon Ampun terhadapMu kerana seringkali melupai diriMU Ya! Allah"