Monday, June 22, 2009
Dah Sedia Untuk Tapak Rumah
Posted by AWANBIRU at 4:33 PM 0 comments
Rata Tanah
Lepas aku buang 40 lori..tanah kena rata. Kira walaupun kena tipu aku puas hati le tgk yang apa aku usahakan.
Posted by AWANBIRU at 4:25 PM 0 comments
Projek Rumah
Dah lama tak update blog ni.....mungkin terlalu sibuk dgn urusan duniawi ni
Posted by AWANBIRU at 4:18 PM 0 comments
Sunday, March 8, 2009
BAHASA ITU MELAMBANGKAN BANGSA
,"Kamu muda lagi, kamu kedepan, kamulah yang akan memperjuangkan Melayu nanti"
"Kita kedepan untuk anak dan cucu kita, kita kedepan untuk orang-orang kampung. Mereka orang-orang kampong tidak tahu apa yang kita buat. dan mereka juga telah disumbat dengan dalil-dalil dari UMNO yang telah rosak"
Posted by AWANBIRU at 2:55 PM 1 comments
Labels: bahasa, GMP, Istana Negara, Masjid Negara, PPSMI
Thursday, March 5, 2009
POKOK
Tak ada pokok maka tak hijau le bumi ini. Pokok memainkan peranan yang penting dalam kehidupan makhluk Tuhan di atas buminya. Pokok juga le yang menyuburkan bumi ini. Tak ade pokok, manusia tidak boleh berlindung di bawah keperitan sinar matahari. Pokok adalah elemen penting dalam sosial kehidupan. Maka jangan kita hina pokok. Kita hendaklah mempunyai kesedaran dalam diri kita bahawa keperluan pokok adalah sangat penting dalam keseimbangan kehidupan di muka bumi ini. Maka suburkan pokok pokok tersebut sebagai mana kita menyuburkan nilai diri kita dalam menempuh kehidupan yang mendatang.
Posted by AWANBIRU at 10:12 AM 0 comments
Labels: pokok, pokok demokrasi
Sunday, February 22, 2009
BUKIT
"BUKIT"..... Pada suku pertama tahun 2009, perkataan bukit amat popular. Perkataan bukit disebut di sana-sini. Populariti "bukit" menenggelamkan masalah krisis ekonomi yang dihadapi. Menenggelamkan juga masalah-masalah yang dihadapi rakyat Malaysia. Tapi mungkin ada baiknye, sekurang-kurangnya ia menjadi penglipulara dikala duka. Bagi aku pulak, "bukit" amat bertuah. Ini kerana di sinilah impian aku dan orang yang tersayang.
Posted by AWANBIRU at 2:04 AM 1 comments
Labels: Bukit, Bukit Asahan
.jpg)