CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 26, 2009

AURA RUMAH BARU
































Setelah penat dengan masa, tenaga dan wang ringgit, apabila berdiri sahaja bentuk yang kita inginkan maka hilanglah segala-galanya keperitan yang kita lalui. Maka yang jauh didekatkan, yang ada di depan mata memberikan satu impak dalam diri. Dari itu, lahirlah aura rumah baru. Memang tidak dapat dinafikan bahawa keinginan untuk memiliki rumah yang diidamkan terpendam dalam diri individu yang berkeluarga. Semua keinginan ini memberikan iktizam dan keazaman serta usaha yang berganda dari individu tersebut. Alhamdulillah impian semakin menjadi kenyataan.

Tuesday, October 13, 2009

BUMBUNG RUMAH





Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku.

Sebetulnya, lama sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.


* Petikan dari Wikipedia

Tuesday, September 1, 2009

50 % SIAP





Thursday, August 27, 2009

RUMAH BAGAIMANA PILIHAN KITA?




Ada orang suka lihat-lihat dulu sebelum buat rumah, ada suka tgk plan yang dah siap. Ada suka buat rumah ikut budjet. Ada suka rumah yang besar-besar, siap dengan gazibo. Ada yang buat rumah pakai buat dulu, yang lain kemudian. Dipendekkan cerita macam-macam lah gaya dan cara orang nak buat rumah. Yang paling penting, bincang dulu dan analysis dulu berbagai sudut sebelum kita dirikan mahligai kita.

Tuesday, August 4, 2009

PENANTIAN BERAKHIR



Satu penantian akan berakhir tidak lama lagi. Idaman setiap keluarga yang ingin memiliki rumah idaman. Walupun susah macam mana sekalipun, usaha tetap diteruskan bagi mencapai impian yang telah menjadikan motivasi dalam diri dan sekeluarga. Syukur Allahamdullillah, dengan keberkatan dan usaha serta pengorbanan isteri yang tersayang, akhirnya apa yang diimpikan bakal menjadi kenyataan.

Monday, June 22, 2009

Dah Sedia Untuk Tapak Rumah

Sekarang tapak rumah telah ready. Loan pun dah lulus. Untuk air, aku dah daftarkan dgn Syarikat Air Melaka Berhad. Tunggu peguam keluarkan notis mulakan kerja pada kontraktor.

Rata Tanah


Lepas aku buang 40 lori..tanah kena rata. Kira walaupun kena tipu aku puas hati le tgk yang apa aku usahakan.