CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 14, 2008

Pengenalan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.......

Firstly, aku sebenarnya tak tahu nak mulakan dari mana untuk buat blog ni. Nak cerita pasal politik, ramai dah buat blog politik. Last-last ikut naluri aje le. Tulis lah apa nak tulis sekali pun, janji aku belajar pasal IT ni. Nanti ketinggalan pulak. Ni kan zaman dunia tanpa sempadan. Jadi aku pun belajar sikit-sikit mcm mana nak buat blog. Janji belajar, lepas tu aku ni jenis "try in error". Belasah aje. Janji ada nanti boleh "upgrade" sikit-sikit. Lama-lama nanti pandai le, betul tak? Kalau tak cuba tak tahu.

Pasal gambar tu, tu gambar kebun "org rumah aku". Tanah pusaka biasalah, bagi-bagi gitu bukannya ada nama pun kat geran. Bagi ikut mulut. Tapi oleh kerana aku ni terlebih rajin tu yang aku pergi menebas tu bila balik kg. Mana le tahu, dengan usaha aku ni sikit dapat juga makan buah-buahan.Pasal sekarang zaman krisis makanan. Harga makanan dah meningkat dan tak larat rasanya kalau tgk harga makanan kat pasaran. Ni semua disebabkan dunia tanpa sempadan.

1 comments:

critic said...

salam bro awanbiru,
lama tak dgr khabar. same la mcm saya jugak..masih belajar buat blog. saja je nak cuba2, jgn nengok blog org je, sdiri pun kena tau juga buat blog. pasal tema tu, saya pun tak tau nak cakap pasal apa, jd saya cakap apa saja yg patut dan yg penting sesekali tu saya kritik gak mana yg tak betul utk diketahui bersama. apa yg penting belajar dan terus belajar dlm dunia IT ni. dr dipendam mcm tu saja baik luahkan tp kena kawal jugak, kalau nak hentam kena bagi kias2 sikit. bukan apa, gomen skrg ni pantang dicabar dan polis pulak kata jangan.

ok..bro awanbiru. semoga berjaya berkecimpung dlm dunia blog ni.