CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 1, 2008

Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja. Bekerja untuk mencari rezeki demi untuk keselesaan dan kesejahteraan samada untuk diri sendiri (kalau bujang) atau untuk keluarga bagi yang dah bekeluarga. Bekerja dalam suasana sekarang adalah sangat kritikal dengan peningkatan kos sara hidup yang tiba-tiba naik secara mendadak. Semua perkhidmatan, harga barang atau apa-apa yang melibatkan duit naik. Dengan peningkatan yang berada di dalam kritikal ini, secara tak langsung akan meningkatkan hutang dan kadar penggunaan kad kredit yang tinggi. Penggunaan kad kredit adalah jalan mudah untuk membiayai segala perbelanjaan yang melampau pada masa ini. Penggunaan juga boleh dikatakan akan membereskan masalah dalam jangka masa pendek tetapi memberi risiko yang tinggi untuk jangka masa panjang.
Berbalik pada soal kerja. Kerja atau pekerjaan pada masa ini adalah tahap kritikal. Mengikut Buletin Utama Jam 8 mlm 1 Mei 2008 terdapat 40,000 graduan mengganggur buat masa sekarang. Jika momentum ini terkekal maka pertambahan graduan memanggur akan meningkat 50% pada setiap tahun jika kita mengambil kira pengeluaran graduan setiap tahun dari institusi pengajian tinggi sama awam atau swasta iaitu antara 10,000 sehingga 20,000 lepasan institut pengajian tinggi. Ini tidak termasuk lepasan SPM dan STPM yang setakat itu sahaja kelulusannya. Barah yang amat serious yang perlu ditangani oleh pihak pemerintah.
Penilaian atau pemilihan kerja dalam tempoh ini tidak boleh dibuat lagi oleh para-para penganggur. Setiap peluang samada di dalam sektor yang berlainan dengan bidang pengajian harus dicuba. Lupakan segulung sijil atau diploma atau ijazah yang ada dalam tangan. Pencari-pencari kerja seharusnya mencuba pelbagai bidang demi untuk mendapatkan pendapatan. Jika tak bekerja, "NO MONEY".
Bagi yang dah bekerja atau sedang bekerja, jangan membuat kerja sambil lewa sekarang. Tumpukan dan bekerja lah bersungguh-sungguh serta hargai keringat yang mengalir. Tersilap sedikit, peluang ini akan terlepas ke tangan orang lain. Majikan sekarang sedang memerhatikan pergerakan pekerja mereka, jika pekerja tidak memuaskan hati boleh tukar dengan orang lain. Hilang satu, beribu yang menunggu kat luar untuk di temuduga. Dan mereka ini semua sanggup bekerja bermati-matian untuk menambat hati majikan. Jangan leka......

0 comments: