Ini lah tapak rumah idaman aku
Wednesday, January 21, 2009
Friday, January 9, 2009
REFINANCE
Aku nak cerita lah sikit. Ni kira pengalaman aku refinance rumah. Mcm posting aku terdahulu, aku sebenarnya pun tak terfikir le benda-benda ni dari awal-awal lagi. Masa aku dah beli rumah aku ni, kadang-kadang timbul juga rasa menyesal le. Sebabnye masa aku beli rumah ni, aku tak fikir panjang. Masa tu tahun 1996. So bila aku tgk rumah ni bawah dari kelayakan pinjaman aku, so tu yang aku beli. Kelayakan pinjaman aku pada tahun tu cuma 45K aje so harga rumah pula aku 36K. Memang layak pun. So aku terus beli. Dah beli dan dah 5 tahun aku bayar aku terfikir le, kalau aku tunggu skrg ni kelayakan loan aku dah melebihi 300K. Jadi aku boleh dapat rumah yang besar silap-silap bungalow. Tapi nak buat ape tak ade rezeki.
Posted by AWANBIRU at 10:43 AM 0 comments
Labels: birokrasi, penilaian, PTD, refinance rumah
Wednesday, January 7, 2009
NAK BUAT RUMAH?
Tahun 2009 ni, aku nak buat rumah. Keperluan rumah bagi aku memang agak terdesak lah sikit. Tapi sejak tahun 2008 aku dah mula merancang. Yang pertama buat perbincangan dengan suri aku. So agak lama juga le berbincang sebab berbagai-bagai kemungkinan dan pro & kon yang dikeluarkan. Setelah bincang agak lama juga, akhirnya ambil keputusan untuk buat rumah di kampung iaitu di Melaka. Walaupun kat Melaka ni harga tanah dah mahal tapi aku gagah juga le pi cari. Sebenarnya selain dari itu aku gunakan medium internet untuk cari lokasi. Sebenarnya lokasi ini agak penting juga jangan le sampai tersorok. Last aku jumpa kat Mudah.com. Lokasi di aku tahu le....masih dengan status kampongnya. So setelah berbincang dengan tuanpunya tanah tersebut, maka dapat le aku memiliki tanah tersebut. So far aku dah bayar 45% tunggu sebahagian lagi. Sebahagian ini aku dapatkan melalui cara aku refinance rumah murah yang aku beli dulu. Aku harap sebelum akhir feb ni aku dah dapat secara mutlak tanah tersebut. Sebab lagi cepat aku dapat, lebih cepat aku boleh buat proses pinjaman buat rumah atas tanah sendiri. Sekarang ni terpaksa...tungguuuuu
Posted by AWANBIRU at 4:38 PM 0 comments
Labels: buat rumah sendiri, loan bank, mudah, rumah