Tahun 2009 ni, aku nak buat rumah. Keperluan rumah bagi aku memang agak terdesak lah sikit. Tapi sejak tahun 2008 aku dah mula merancang. Yang pertama buat perbincangan dengan suri aku. So agak lama juga le berbincang sebab berbagai-bagai kemungkinan dan pro & kon yang dikeluarkan. Setelah bincang agak lama juga, akhirnya ambil keputusan untuk buat rumah di kampung iaitu di Melaka. Walaupun kat Melaka ni harga tanah dah mahal tapi aku gagah juga le pi cari. Sebenarnya selain dari itu aku gunakan medium internet untuk cari lokasi. Sebenarnya lokasi ini agak penting juga jangan le sampai tersorok. Last aku jumpa kat Mudah.com. Lokasi di aku tahu le....masih dengan status kampongnya. So setelah berbincang dengan tuanpunya tanah tersebut, maka dapat le aku memiliki tanah tersebut. So far aku dah bayar 45% tunggu sebahagian lagi. Sebahagian ini aku dapatkan melalui cara aku refinance rumah murah yang aku beli dulu. Aku harap sebelum akhir feb ni aku dah dapat secara mutlak tanah tersebut. Sebab lagi cepat aku dapat, lebih cepat aku boleh buat proses pinjaman buat rumah atas tanah sendiri. Sekarang ni terpaksa...tungguuuuu
Wednesday, January 7, 2009
NAK BUAT RUMAH?
Posted by AWANBIRU at 4:38 PM
Labels: buat rumah sendiri, loan bank, mudah, rumah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment