CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 9, 2009

REFINANCE


Aku nak cerita lah sikit. Ni kira pengalaman aku refinance rumah. Mcm posting aku terdahulu, aku sebenarnya pun tak terfikir le benda-benda ni dari awal-awal lagi. Masa aku dah beli rumah aku ni, kadang-kadang timbul juga rasa menyesal le. Sebabnye masa aku beli rumah ni, aku tak fikir panjang. Masa tu tahun 1996. So bila aku tgk rumah ni bawah dari kelayakan pinjaman aku, so tu yang aku beli. Kelayakan pinjaman aku pada tahun tu cuma 45K aje so harga rumah pula aku 36K. Memang layak pun. So aku terus beli. Dah beli dan dah 5 tahun aku bayar aku terfikir le, kalau aku tunggu skrg ni kelayakan loan aku dah melebihi 300K. Jadi aku boleh dapat rumah yang besar silap-silap bungalow. Tapi nak buat ape tak ade rezeki.

Tetapi sejak tahun 2007 aku cuba amati balik baki loan aku, cuma berbaki 25K aje. Kemudian aku cuba tanya tentang kelayakan loan ke 2 aku. Wah, aku boleh buat rumah lah. So apa lagi aku korek simpanan aku dan buat penyelesaian penuh. Nak jadi cerita aku submit geran rumah aku tu kat bank. Dalam masa 2 minggu bank replay aku layak untuk refinance 55K. Aku tak ambil lah semua, cuma ambil dlm 45K aje. Apabila dapat offer letter, aku kena sediakan duit peguam 2k dan penilaian lebih kurang 400 aje.  Proses aku pu n berjalan le. Proses refinance ni kita kena titik berat kepada 2 perkara iaitu mohon "consence" dari CM negeri dan penilaian. Masalahnya kedua-dua ni ada birokrasinya tersendiri.
Sbg contohnya dlm kes aku, birokrasi dari PTD memang memualkan aku, sepatutnya consence ni boleh dapat cepat tapi oleh kerana birokrasi ni proses makan masa berbulan. Begitu juga penilaian. Sepatutnya apabila bang melantik wakil penilaian, wakil ni harus beri penilaian yang tepat semasa penilaian yang pertama tu. Ni tidak penilaian yang pertama tu lain, final penilaian pun tak sama. Last sekali bank terpaksa lah buat offer letter yang baru. Kan dah jadi masalah ni. Dari 3 bulan proses boleh siap, makin lama jadinya. Mcm kes aku le ni. Dah aku kena tunggu offer letter yang baru dari bank....so makin lewat le aku nak jalankan projek buat rumah tu. Kadang-kadang malas lah nak buat mengenang pasal birokrasi ni. Tapi kena menghadapkan juga kalau tak impian tu tak menjadi kenyataan.

0 comments: