CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 31, 2008

Geran Tanah/Lot Tanah



Ini lot tanah aku beli. Kira step pertama aku sekarang dah lepas lepas ni tunggu duit dari CIMB untuk bayar separuh lagi kemudian tukar nama dan mula buat mahligai idaman. Lot tanah ni tepi jalan lah. Reserve jalan ni luas sikit kira kalau aku tumpang buat tanam-tanam pokok...kerajaaan tak marah kan. Kalau kerajaaan nak ambil nanti ambil lah. Tak kisah. Kan tu hak dia. Hak kita termaktub dalam geran tu. Ok lah nanti aku balik kampung aku akan ambil gambar sekitar lokasi tanah ni.

Perancangan Tahun 2009

Esok bermula lah tahun 2009. Bagaimana dengan pencapaian 2008? Ada yang dapat, ada yang tak tercapai. Kadang-kadang tinggallah angan-angan aje. Bagi aku, walaupun angan-angan tetapi kalau diusahakan angan-angan tersebut akan menjadi kenyataan dan realiti. Aku pun dulu banyak angan-angan. Angan-angan nak buat tu, nak buat ni dan mcm-mcm lagi lah. Tapi angan-angan yang terbesar aku ialah untuk menyediakan mahligai untuk orang yang tersayang. So simpan angan-angan tu dah lama. Nak jadikan cerita tahun 2008 cuba untuk realisasikan angan-angan tu. Perancangan di ambil mulai pertengahan 2008. Dari situ bermulalah perancangan yang datang dari angan-angan. Perancangan bermula dengan aku menyelasaikan pinjaman rumah yang aku ada. Rumah saya ni dah lama beli dah dekat hampir 11 tahun. Rumah awam biasalah. Dulu masa beli harga RM36K, so baki adalah lebih kurang RM25K. Saya pun pergi selesaikan menggunakan duit simpanan. Dah selesai, saya sandarkan balik pada CIMB dan dapat le RM40K tunaiiiiiii. Wow banyak tu! Tapi target nak cari tanah buat tapak. Cari punya cari, jumpa kat Mudah.com, tak le luas cuma lebih kurang 8K kaki persegi. Boleh lah untuk untuk tapak rumah. Harga pulak RM26K....boleh tak? Aku rasa boleh ni. Oh ye tanah ni location kat Asahan Melaka. Dari kampung aku lebih kurang 30 minit perjalanan. Location pulak cantik. View Gunung Ledang dan lebih kurang 3-4 kilometer dari Air Terjun Asahan. Sekarang ni dalam proses buat plan rumah. Sebenarnya draf dah ada cuma nak ubah sikit-sikit. Nanti saya masukkan gran tanah tersebut.

Thursday, November 27, 2008

Kambing oh kambing


Semalam ada keluar dalam TV3 skim cepat kaya yang menggunakan kambing. Kambing tak ade, yang ade rangka kandang aje. Pelik betul lah orang-orang mcm ni. Bidang pertanian pun nak digula-gulakan. Sekarang ni, pada pendapat aku le pertanian merupakan satu industri yang memberangsangkan. Jangan kita mudah tertipu dengan perlaburan yang berasakan bidang ini. Sekarang ni bukan alam maya aje yang ditipu, sampaikan si kambing pun digunakan untuk menipu. Pada yang kena tipu tak boleh kesian pada dia orang. Dah memang dasar nak kaya cepat, malas bekerja, tahu duit nak dapat cepat..bulan-bulan masuk. Sebenarnye ni salah..cara pun salah. Yang paling penting kita kena berusaha dgn tulang empat kerat kita, gunakan sedikit akal. Jgn menipu, ikhlas dan jujur setiap perniagaan yang kita jalankan. Keuntungan walaupun sedikit tetapi berterusan sampai bila-bila. Itu lebih baik.

Monday, August 11, 2008

Dapat "CUCU"


Sebab dah lama tak pergi ke kadang pawah, cerita pasal kambing yang dipawah pun tak tahu. Dua minggu yang lepas, kawan yang sama-sama masuk skim pawah memaklumkan yang aku dah dapat "cucu". Terperanjat juga le sebab selepas kematian dua ekor anak kambing pawah tu rasa hampa juga, tiba-tiba dah lahir satu ekor lagi. Maka aku pun pergi ke kandang pawah aku Ahad lepas. Betul lah dah dapat seekor lagi. Wah!

happy sakan aku. Tag kambing yang lahirkan anak ni 8288. Dapat juga seekor. Okey le tu, kawan-kawan yang sama-sama masuk dah ada 5-6 ekor anak. What ever pun ini boleh menaikkan semangat aku lagi. Walaupun sibuk dengan kerja, tapi keinginan untuk menternak tu tetap ada juga. Melalui skim pawah ni, dapat le aku rasa sedikit sebanyak "nikmat" sebagai penternak. Walaupun bukan sebagai penternak yang betul, tetapi syarikat ni masih beri peluang pada aku untuk merasainya. Sekarang ni kambing Jamnapari kandang pawah aku ni nampak sihat-sihat belaka. Sebelum ni "ade kurang" sikit. Mungkin kambing yang aku ambil pada bulan Feb 08 ni, direct baru tiba dari Indonesia jadi kesesuaian pada alam sekitar tu belum ada lagi. Dah lepas lima bulan ni, mula menampakan kesesuaian dengan cuaca negara ini. Satu lagi mungkin syarikat ada membuat pengubahsuaian sikit pada komposisi kandang yang menampakan kesesuaian pada kambing-kambing tersebut. Whatever, terima kasih pada Teguh Ternak Sdn Bhd kerana bagi peluang pada kami untuk menjadikan dunia penternakan sebahagian dari dunia kami

Thursday, July 24, 2008

BERAPA LAMA?


Agaknya dah lama aku tak update blog aku ni. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas dah lama tak menjengah dan tak ada apa-apa yang nak salurkan. Begitu juga dengan kambing aku yang aku masuk Skim Pawah pun dah lama tak pergi tengok. Muka tuan dia pun dia dah lupa. Kawan yang sama-sama masuk skim tu dah dapat 5-6 ekor anak. Aku pun dapat juga 2 ekor bulan ni tapi 2 ekor tu dah mati. Yang satu tu sebab tak cukur umur dan satu lagi tu ibu dia terpijak. Tak apa lah mungkin aku belum ada rezeki lagi seperti kawan-kawan aku yang lain. So, kena tunggulah lagi. Sabar tu penting.

Tuesday, May 13, 2008

Penternakan............


Aku minat penternakan ke? Kalau ikut memang inilah yang aku dapat rasa bidang yang akan ceburi selepas aku menamatkan perkhidmatan aku dengan kerajaan. Buat masa ini pun, banyak usaha aku yang lebih ke arah pertanian. Semasa aku membuat posting awal, ada gambar yang aku tunjukkan mengenai kebun isteri aku. Dari kebun tu le, bermula segala-galanya untuk aku mula masa depan aku setelah aku bergelar "pesara". Cerita pasal kebun tu, kebun tu dah bersih, walaupun tidak 100% tetapi sekarang ni dah boleh berjalan. Agaknya macam mana sekarang ye? Minggu lepas dah racun dah, nak balik kampung sibuk lak ni. Tunggu le...harap-harap dalam masa terdekat boleh balik. Pokok duku dah berbunga dah, 3-4 bulan lagi bolehlah kutip hasil. Insya Allah.
Lagi satu sekarang ini aku dalam mula masuk skim pawah untuk ternakkan kambing. Banyak juga blog-blog yang telah aku baca mengenai penternakan kambing. Sebenarnya minat ni timbul ada beberapa sebab. Sebab yang paling utama, aku tak nak kerja lagi (selepas bersara) makan gaji. Dah boring kot...asyik kena arah aje. Ni le masa yang aku rasa nak mengeluarkan arahan sendiri dan pekerjanya aku sendiri. Maknanya aku bebas buat perkara yang aku minat. Isteri aku banyak menyokong dengan tindakan aku. Terima kasih buat isteri aku. Insya Allah dengan dorong dan semangat isteri aku, aku akan mencuba yang terbaik.

Thursday, May 8, 2008

Apa nak cerita ye?

Last update blog ini adalah 01 May 08. Sekarang ni dah masuk 08 May 08. Orang lain buat blog, sentiasa updated. Aku ni buat blog, ambil masa yang lama untuk updated. Entahlah. Orang buat, kita pun nak buat tapi orang yang buat sentiasa ada idea. Aku ni buntu nak cari idea. Mcm mana lah nak jadi penulis yang kritis. Baca blog yang lain, tgk ada yang dah diseret ke mahkamah pasal tulis blog. Takut pun ada nak tulis blog. Takut-takut kena seret. Orang kata tulis blog ini "bebas" betul ke? Kalau sampai dah diseret ke mahkamah, tak le bebas sangat. Masih ada undang-undang yang boleh charge para blogger rupanya. Tapi kalau kita berniat baik, tidak menyakiti sesiapa....sesiapa pun boleh tulis blog. Janji kita tahu dekat mana batasannya.

Thursday, May 1, 2008

Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja. Bekerja untuk mencari rezeki demi untuk keselesaan dan kesejahteraan samada untuk diri sendiri (kalau bujang) atau untuk keluarga bagi yang dah bekeluarga. Bekerja dalam suasana sekarang adalah sangat kritikal dengan peningkatan kos sara hidup yang tiba-tiba naik secara mendadak. Semua perkhidmatan, harga barang atau apa-apa yang melibatkan duit naik. Dengan peningkatan yang berada di dalam kritikal ini, secara tak langsung akan meningkatkan hutang dan kadar penggunaan kad kredit yang tinggi. Penggunaan kad kredit adalah jalan mudah untuk membiayai segala perbelanjaan yang melampau pada masa ini. Penggunaan juga boleh dikatakan akan membereskan masalah dalam jangka masa pendek tetapi memberi risiko yang tinggi untuk jangka masa panjang.
Berbalik pada soal kerja. Kerja atau pekerjaan pada masa ini adalah tahap kritikal. Mengikut Buletin Utama Jam 8 mlm 1 Mei 2008 terdapat 40,000 graduan mengganggur buat masa sekarang. Jika momentum ini terkekal maka pertambahan graduan memanggur akan meningkat 50% pada setiap tahun jika kita mengambil kira pengeluaran graduan setiap tahun dari institusi pengajian tinggi sama awam atau swasta iaitu antara 10,000 sehingga 20,000 lepasan institut pengajian tinggi. Ini tidak termasuk lepasan SPM dan STPM yang setakat itu sahaja kelulusannya. Barah yang amat serious yang perlu ditangani oleh pihak pemerintah.
Penilaian atau pemilihan kerja dalam tempoh ini tidak boleh dibuat lagi oleh para-para penganggur. Setiap peluang samada di dalam sektor yang berlainan dengan bidang pengajian harus dicuba. Lupakan segulung sijil atau diploma atau ijazah yang ada dalam tangan. Pencari-pencari kerja seharusnya mencuba pelbagai bidang demi untuk mendapatkan pendapatan. Jika tak bekerja, "NO MONEY".
Bagi yang dah bekerja atau sedang bekerja, jangan membuat kerja sambil lewa sekarang. Tumpukan dan bekerja lah bersungguh-sungguh serta hargai keringat yang mengalir. Tersilap sedikit, peluang ini akan terlepas ke tangan orang lain. Majikan sekarang sedang memerhatikan pergerakan pekerja mereka, jika pekerja tidak memuaskan hati boleh tukar dengan orang lain. Hilang satu, beribu yang menunggu kat luar untuk di temuduga. Dan mereka ini semua sanggup bekerja bermati-matian untuk menambat hati majikan. Jangan leka......

Monday, April 21, 2008

Politik Kampung


Rujuk : UMNO mesti kembali jadi "Parti Kampung"

Politik Kampung..... kalau diikutkan pandangan, politik kampung ni ramai orang cakap nampak kuno sikit. Orang cakap le... sesiapa yang mengikut trend "kampung" tak ada kemajuan, katak bawah tempurung dan macam-macam lagi. Tapi dari satu sudut pulak, stail "kampung" adalah satu stail yang baik. Cuba kita ambil contoh dan bezakan ketua kampung dulu dengan ketua kampung sekarang.
Ketua Kampung Dulu, bila kita tanya penduduk di satu kampung tu semuanya kenal. Macam mana rupa dia, rumah dia di mana, kerja apa, anak berapa orang, isteri berapa orang dan serba serbilah orang kenal. Mengapa orang kenal pulak? Sebabnya orang dulu-dulu tak kenal "eksekutif", tak kenal komisyen-komisyen ni, dan macam-macam lagilah. Apabila dapat jawatan, dihati mereka ada keadilan untuk rakyat, untuk penduduk kampung tak kira apa agama dan apa bangsa. Ketua Kampung Dulu cuba berlaku adil pada semua. Cuba menyelesaikan masalah untuk semua. Bertindak sebagai orang tengah di antara pemerintah dan rakyat. Sebab itulah kebanyakan Ketua Kampung dulu tak kaya tapi sehingga ke beberapa generasi masih mengingatkan nama beliau.
Cuba tanya generasi sekarang, siapa nama Ketua Kampung Sekarang? Gerenti tak tahu punyai. Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan sudah ada "double standard" di dalam kampung tersebut. Nak minta permohonan pun kena masuk jadi ahli, kalau bukan ahli.... "boh layan". Sebab itu zaman sekarang orang menyampah. Kononnya "eksekutif". Kita harus bertanya pada diri kita pasal apa ini semua terjadi. Sebab utamanya adalah pemerintah. Dasar pemerintah yang telah menggerakkan atau memberi contoh kepimpinan. Boleh ke kita berubah?
Rasa-rasanya menjadi satu kesukaran untuk menterbalikkan putaran tersebut. Untuk menjadi Ketua Kampung Sekarang pun sudah ada proses lobi-melobi, mencari penyokong dan macam-macam lagi budaya yang tidak elok. Berdasarkan kriteria apa, seseorang itu dipilih sebagai Ketua Kampung Sekarang? Kroninya ke? Partinya ke? Kekanannya ke? atau majoriti dalam satu kampung tidak kira apa pegangannya?.

Thursday, April 17, 2008

Barang Naik.......Gaji Turun.



Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan kenaikan harga. Lagi terkejut tengok yang naik tu makanan ruji (harian) penduduk dunia iaitu BERAS. Pergi jengah kat kedai, tup-tup naik RM2.00. Alah! RM2.00 aje naik...apa ada sangat. Tapi cuba kita kira RM2.00. Ambil cth satu keluarga seramai 6 orang dengan mempunyai satu sumber pendapatan (situasi biasa le ni). Seminggu katakan 10 kg, ini bermakna RM16.50 (Beras paling murah ni...) 4 minggu dah 40 kg (RM66.00). So kalau naik RM2.oo, makna ada pertambahan RM8.00 so dah jadi RM74.00. Gaji satu sumber melalui bapanya tu dah ada bebanan tambahan RM8.00 lagi. Aduhai kat mana nak dipotongkan lagi ni.....dah senak perut tgk gajinya. Mengapa boleh naik ni? Dengau-dengau cerita kat tokeh kedai bulan depan susu formula lak akan naik antara 15-20%. Kalau betul naik, bukan susu formula aje.....gerenti dengan susu-susu cair pun naik juga. Naik lagi....gaji turun lagi. Pak menteri! hoi pak menteri kat mana kau.....? Apa ni, mana kawalan harga? Kami ni rakyat bawah dah tak larat dah tengok semua naik. Bukan kami nak minta subsidi sangat tapi tolonglah buat sesuatu untuk control kenaikan ni. Mengapa senyap aje?......please......

Wednesday, April 16, 2008

Dunia Tanpa Sempadan



Tahukah anda berapa statistik penggunaan internet di Malaysia?



Berpandukan InternetWorldStat, Malaysia mempunyai kepadatan penduduk 24,821,286. Sehingga Jun 2007, 60% penduduknya iaitu 14,904,000 adalah pengguna internet. Manakala sehingga Sep 2007 sebanyak 1,106,000 pengguna internet di Malaysia menggunakan "Broadband" sebagai medium internet.

Manakala perangkaan yang dikeluarkan oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia) menunjukkan sejak tahun 2000, 15% (3,700,000) penduduk Malaysia dari 24,645,600 keseluruhan penduduk menggunakan internet. Pada tahun 2005 sehingga 2007, peningkatan penguna internet meningkat sekali ganda dengan kadar antara 0.8% sehingga 1.0% setiap tahun melahirkan pengguna internet baru. Ini bermakna jika penduduk Malaysia yang dianggarkan 28,294,120 pada akhir tahun 2007, dengan kadar seperti di atas maka 282,941 adalah pengguna baru. Nisbah kelahiran pengguna internet baru adalah 785 orang sehari.


Monday, April 14, 2008

Pengenalan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.......

Firstly, aku sebenarnya tak tahu nak mulakan dari mana untuk buat blog ni. Nak cerita pasal politik, ramai dah buat blog politik. Last-last ikut naluri aje le. Tulis lah apa nak tulis sekali pun, janji aku belajar pasal IT ni. Nanti ketinggalan pulak. Ni kan zaman dunia tanpa sempadan. Jadi aku pun belajar sikit-sikit mcm mana nak buat blog. Janji belajar, lepas tu aku ni jenis "try in error". Belasah aje. Janji ada nanti boleh "upgrade" sikit-sikit. Lama-lama nanti pandai le, betul tak? Kalau tak cuba tak tahu.

Pasal gambar tu, tu gambar kebun "org rumah aku". Tanah pusaka biasalah, bagi-bagi gitu bukannya ada nama pun kat geran. Bagi ikut mulut. Tapi oleh kerana aku ni terlebih rajin tu yang aku pergi menebas tu bila balik kg. Mana le tahu, dengan usaha aku ni sikit dapat juga makan buah-buahan.Pasal sekarang zaman krisis makanan. Harga makanan dah meningkat dan tak larat rasanya kalau tgk harga makanan kat pasaran. Ni semua disebabkan dunia tanpa sempadan.